Saturday, 11 February 2012

PERHATIAN!!! VIRUS ROTAVIRUS

PERHATIAN Kepada Semua Pengunjung Setia Twinklebibi!!!


Sedikit nasihat buat para ibubapa disini. Sila bawa anak2 anda ke mana2 klinik atau hospital swasta utk cucuk vaksin rotavirus.

Bayi dan kanak2 mudah terjangkit. Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan lebih 440,000 kematian kanak2 dan bayi di seluruh dunia disebabkan rotavirus.

Tanda2 awal atau simptom serangan rotavirus adalah demam panas dan cirit-birit. Ia akan menyebabkan penghidapnya hilang selera makan, sakit kepala, sakit perut, loya, mata bengkak dan badan bertukar kehijauan perlu segera mendapatkan rawatan.

Antara langkah berkesan mengelak wabak itu merebak ialah memasak air sebelum diminum, membasuh tangan menggunakan sabun sebelum dan selepas makan serta ke tandas. Sentiasa menjaga kebersihan diri.


*2 tahun yg lepas sebelum vaksin rotavirus dikeluarkan, anak Kak Ju dijangkiti virus rotavirus. Dlm masa 5 hari, berat badan anak menurun 5kg. Demam panas dan cirit-birit yg teruk. anak Kak Ju menjadi kurus dan pucat. Bil hospital mencecah belasan ribu ringgit utk 3 minggu mendapat rawatan disana. Wang adalah masalah kedua tapi nyawa anak masalah utama. Kesakitan dan kesedihan yg tdk dpt diulaskan disini. Hanya Tuhan la tahu segalanya. Alhamdullilah, anak Kak Ju terselamat sbb 'Dr Lee' yg tdk putus asa mencari punca kesakitan anak Kak. Virus itu akhirnya dpt dikesan dr sampel najisnya.


*Sesiapa yg belum ada kad medical, dinasihati dptkan dgn segera.

*Dapatkan vaksin rotavirus. Tak mahal kalau nak dibandingkan dgn kesakitan dan nyawa anak anda.

No comments:

Post a Comment